ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan antara 2018 dan 2019.
Sumber SPRM malam tadi memaklumkan mereka terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berumur antara 37 hingga 51 tahun yang ditahan berasingan di Pejabat SPRM Kedah di sini.
Lelaki yang merupakan pengurus sebuah syarikat berumur 44 tahun ditahan pada 8 malam Isnin di Pejabat SPRM Kedah, manakala wanita yang merupakan pemilik syarikat berumur 38 tahun ditahan pada 10.15 pagi Selasa di Pejabat SPRM Kedah.
"Manakala lelaki berusia 37 tahun dan 51 tahun yang juga merupakan pemilik syarikat masing-masing ditahan pada pukul 2.30 petang Selasa dan 7.30 malam Selasa di Pejabat SPRM Kedah," kata sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, pengurus berusia 44 tahun itu direman lima hari bermula Selasa manakala wanita itu akan dirakamkan kenyataan dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Permohonan reman terhadap dua lelaki yang merupakan pemilik syarikat itu pula akan dilakukan pada Rabu.
BACA: Pengarah urusan syarikat, jurutera direman enam hari disyaki kemuka tuntutan palsu
Kesemua Orang Kena Tahan (OKT) itu diberkas kerana dipercayai mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan untuk melayakkan syarikat mereka memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.
Sumber itu berkata SPRM akan mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam kes itu serta mengesan dokumen-dokumen penting berkaitan kes berkenaan.
Sebelum ini, Bernama melaporkan seramai 21 individu termasuk tiga wanita berumur antara 31 hingga 77 tahun ditahan SPRM secara berasingan di sekitar Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah untuk membantu siasatan kes itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022
Kesemua OKT itu diberkas SPRM kerana dipercayai mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan untuk melayakkan syarikat mereka memasuki tender.
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melahirkan rasa kagum melihat mahasiswa dan mahasiswi universiti di Amerika dan Eropah berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk Israel.
IFRC tuntut penyelesaian politik, gencatan senjata
Kate Forbes menegaskan, peperangan yang hampir memasuki lapan bulan perlu dihentikan bagi membolehkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Jemaah kirim kurma, jubah hingga 40kg melalui Pos Laju di tanah suci
Lembaga Tabungn Haji (TH) memudahkan urusan jemaah haji Malaysia untuk mengirimkan brangan seperti kurma, jubah, sejadah dan cenderahati dari Tanah Suci melalui khidmat ditawarkan Pos Malaysia Bhd melalui perkhidmatan kuriernya, Pos Laju di Mekah dan Madinah.
Kerajaan Perpaduan belum mesyuarat pilih calon
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan setakat ini belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
DBKL akan sediakan empat kontraktor di setiap kawasan Parlimen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menydiakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelenggaraan pokok di ibu negara.
Anak MB Perlis mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000
Mohd Syafeeq Mohd Shukri mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu
Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Merbok dijatuhkan hukuman denda RM45,000 di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek baik pulih rumah pada 2020.
Pegawai kanan ditahan SPRM, KADA minta semua pihak tidak buat spekulasi
Muhammad Husain berkata ini kerana sebarang spekulasi yang timbul boleh menjejaskan siasatan SPRM dan menganggu pengoperasian serta perkhidmatan KADA.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
MB Perlis disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM
Projek terlibat termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.